HADIAH PALING BEST UNTUK CONVO

Musim konvo dah dekat, mesti tengah pening memikirkan apa hadiah sesuai untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan. Yelah, mesti nak bagi hadiah sebagai ucpan tahniah atas usaha susah payah dorang bertahun-tahun tu. Kalau boleh, bagilah hadiah keperluan yang penerima boleh guna. Bila guna pulak tup-tup teringat dekat si pemberi. Kan seronok tu bila orang guna barang yang kita bagi. Worth it je rasa.

Hadiah popular :

1. Bunga
Bunga ni memang popular lah, sepanjang jalan nak ke universiti tu berderet dah orang jual bunga. Tinggal pilih je nak bouquet mana. Bunga ni kira wajib jugaklah masa konvo sebab memang  guna sebagai prop masa bergambar. Kalau takde tu macam sendu hambar je gambar tu ye dak. Kureng sikit bunga ni sebab kejap je bertahan pastu layu. Kalau orang yang kreatif, yang hargai pemberian orang, mesti bungkus elok-elok simpan bunga tu.  Tapi admin sarankan kalau nak bagi bunga tu, bagi sekali dengan barang lain yang boleh penerima tu guna.

2. Teddy bear
Teddy bear pon dalam top list jugak. Selalu dalam bouquet bunga, ada teddy bear kecik terselit sekali situ. Comel je boleh guna gantung jadikan key chain. Kalau dapat teddy bear besar, seronok buat peluk. Perempuan mesti suka punyalah kalau dapat teddy bear. Kalau nak bagi dekat lelaki tu, pikir dulu banyak kalilah ye, kang haru dia nak usung ke sana ke mari hari konvo nanti.

3. Coklat
Hadiah yang common. Biasa sangat nak bagi. Tapi bolehla, bagi tu pakejkan sekali dengan barang lain. DIY card pon nice jugak. Nanti dah makan coklat, takkan dorang nak simpan plastik coklat tu kan? Takpon si penerima tak sempat makan coklat korang bagi, adik dia dah makan dulu. Lagila sadis haha.

Atas tu semua top list barang yang selalu diberi masa hari konvo. Mudah  nak dapat la senang ceritanya. Tapi, cuba cari kelainan untuk hari bersejarah kawan-kawan kita. Banyak lagi kita boleh hadiahkan dekat dorang. Dorang mesti appreciate sangat-sangat sebab lain dari yang lain. Be rare okay guys!

1.Tudung


hadiah  paling sesuai untuk kawan-kawan perempuan yang nak grad ni semestinya tudung. Come on, perempuan kan suka ada banyak koleksi tudung, tak pakai pon, dorg suka tengok bertimbun-timbun dalam almari tu. Baru lengkap rasanya jadi perempuan gituuu. Lagi better, bagi yang custom made, korang design la macam mana pon,nampak la effort tu. Admin suggest korang nak print tudung tu boleh ke www.hananbrand.com sebab dorang memang provide servis design & print tudung. Lawa-lawa pulak tu. Series!

2. Totebag
Salah satu aksesori penting untuk laki dan perempuan adalah totebag. Takde jantina okay. So tak payah pening-pening kalau ramai kawan korang nak konvo dalam masa yang sama. Korang print je setiap beg tu nama dorang. Design la lawa-lawa sikit. Nanti mesti dorang selalu guna punya. Totebag kot, boleh guna bila-bila je & sesuai untuk semua event. Confirm jadi favourite item penerima lah nanti.  Yang ni admin suggest korang ushar-ushar dekat www.hananbrand.com  jugak sebab dorang provide servis buat totebag ni. Tiptop lawa weh. Material pon sedap. Harga pon mesti la murah sesuai dengan kualiti.

3. Tiket percutian
Haa korang sayang kawan-kawan korang kan, mesti korang nak reward kawan yg penat mentelaah bertahun-tahun tu kan. Tiket percutian adalah hadiah paling menarik dan paling didambakan untuk orang baru grad ni. Konon la nanti gi bercuti dapat rehatkan midna, tenangkan fikiran.Pastu dorang ambil gambar banyak-banyak masa bercuti, upload ig, jadilah kenangan paling berharga buat dorang. Yang ni hadiah paling rare sebenanrnya. Sanggup tak sanggup je korang nak bagi.

4. Jam tangan
Jam tangan antara aksesori penting tak kira laki mahupun perempuan. Memang perfect kalau bagi hadiah jam ni sebab boleh ingatkan dorang yang masa sentiasa berjalan, dorang kena cari kerja cepat-cepat untuk setelkan PTPTN tu. Takkan nak tanam anggur je kan hahaha. Nanti bila dah dapat kerja, boleh guna lagi jam tu. Tapi sebelum beli jam tu, pastikan korang tahu ye taste kawan korang nanti nak jam macam mana. Kang korang bagi, dia tak pakai rugi pulak.

5.Barangan wishlist
Ni korang pandai-pandaila korek kawan korang tu nak barang apa . Kot dia ada barang yang dia nak, tapi masih kumpul duit nak beli. Kalau sesuai dengan bajet  korang, boleh beli jadikan hadiah. Mesti kawan tu appreciate sebab dia mmg memerlukan.

6. Duit
kalau pening sangat takde idea nak hadiahkan apa untuk kawan, bagila duit letak dalam sampul elok-elok. Sape je kan taks uka duit, entah-entah bila tengok sampul, terus tersengih. Ni boleh jadi  kali terakhir dorang dapat sampul, sebab nanti lepas dorang  dapat kerja, dorang pulak kena hulur sampul dekat budak-budak.

7. DIY
Diy ni paling jimat dan paling effort sebab apa yang kita bagi tu memang nakorang tu ingat kita. Banyak je korang boleh DIY, pop up card ke, cactus ikat reben, balang yang penuh ucapan ke…. Banyakla korang boleh bagi.

Sebenarnya banyak benda lagi korang boleh hadiahkan sempena konvokesyen ni. Admin Cuma listkan apa yang terlintas je. Bagi hadiah ni bukan wajib, Cuma sebagai cara kita congratulate kawan-kawan, family dan yang tersayang. Why not gembirakan orang lain atas usaha dorang kan J