RAHSIA KEJAYAAN STEVE JOBS-PENGASAS IPHONE

 

Dalam ucapan semasa hari graduasi di Universiti Stanford, mendiang Steve Jobs membahagikan ucapannya kepada tiga bahagian. Pada bahagian pertama ucapannya, mendiang menceritakan tentang connecting the dots.

 

 

     You can’t connect the dots by looking forward. You can only connect them by looking backward. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something, your guts, destiny, life, karma, or whatever. Because believing in that the dots will connect down the road will give you the confidence to follow your heart, even when it leads you off the hell worn path, and that will make all the difference.

It was awful tasting medicine but I guess the patient needed it. Sometimes life hits you in the head with a brick. But dont lose faith.

 

     Apabila berbicara tentang connecting the dots, kita akan hanya mampu memahaminya setelah kita melepasi sesuatu perkara. Bilamana kita kembali menoleh ke belakang. Menelusuri kembali sejarah-sejarah yang telah meninggalkan kita. Kita akan dapat melihat satu situasi yang mana kita takkan berada di tempat yang kita ada sekarang kalau bukan kerana sesuatu peristiwa.

Seperti mana yang pernah dilontarkan oleh DR MAZA:

 

Entah berapa banyak peristiwa-peristiwa yang kita lalui yang mana pada hari kita kena kita rasa ianya satu bala namun bila kita keluar darinya, kita melihatnya sebagai satu hikmah. Tawadhuk itu kadang-kadang tak dapat dimasukkan ke dalam jiwa insan. Melainkan Allahmentakdirkannya peristiwa-peristiwa tertentu.

 

     Kelihatannya Steve Jobs begitu bersyukur kerana telah gagal dalam kehidupan kolejnya yang mana telah menemukannya kepada beberapa peristiwa yang begitu significant dalam hidupnya.  out kembali dicurahkan ketika membina macintosh. mendiang mengakui bahawa andai ditakdirkan berjaya dalam kehidupan kolejnya, mungkin beliau tidak akan berada pada kedudukanyang beliau berada sekarang(pada ketika itu).

Jika diamati, segala apa yang berlaku kepada kita punya hikmah yang tersendiri. Namun sering kita terlepas pandang. Bilaman ujian bertalu-talu menimpa, Tuhan mula dipersalahkan seolah-olah tidak layak untuk dia diuji. Namun setelah beberapa ketika, pada saat waktu telah melewati, baru tersedar akan hikmah yang mula menampakkan diri.

Mengapa di akhir-akhir perjalanan baru kelihatan? Sebab ramai orang pada hujung-hujung pengembaraan dia, lepas satu kejadian dan berlaku, lepas dia dah penat salahkan orang lain, lepas dia dah lenguh tuding jari, baru dia akan nampak hikmah dia diuji oleh Allah. Masa tu kadang kadang baru ada yang nak menoleh ke belakang tengok balik pada insan-insan yang pernah dia cemuh dan hina sepanjang perjalanan dia mencari hikmah.

Kalau boleh biarlah dalam sela-sela waktu kita mencari hikmah, padanya kita mengutip rahmah serta memetik mawaddah. Oleh itu, jangan mudah-mudah kau melatah bilamana Tuhan sedang berbicara. Kerna sahaja sahabat, boleh jadi selama ini bicara-bicara Tuhan padamu dengan nada yg lembut membuatkn dirimu alpa. Lalu seketika Dia tuang sedikit hujan ujian agar seketika kau mendongak ke atas kepada yg Maha Esa. 

Tapi percayalah. Hikmah itu akan tetap ada buat mereka yg mencari. Sesekali dalam hidupmu, pandanglah kebelakang dan mula menyambung titik-titik perjalanan agar kau sedar bahawa begitu bertuah kamu kerana diuji dengan ujian yang sedemikian rupa.